13.12.09

i think, therefore i blog




saya suka membaca apa-apa cerita yang orang tulis. sebab? banyak yang boleh kite relate in the end. sejak ada program malam2 ni, rasa banyak sangat input yang dapat. kadang-kadang rasa otak bercelaru jugak, terlalu banyak benda yang kene ubah. tapi, kalau difikirkan betul2, saya ni untung. ada orang takde peluang pun untuk berubah. takde peluang pun untuk berbincang atau berfikir ke arah benda yang lebih baik.

back to my point. pada suatu hari, masuklah blog saifulislam. *sila tekan disini untuk keterangan lebih lanjut* basically abu saif membincangkan tentang anonymity. senangnya kita nak berkata-kata dalam dunia maya a.k.a internet ni, tanpa dicondemn oleh sesiapa. *terasa jugak sikit-sikit, pernah ade dulu satu zaman saya bergerak secara anonymous*

back to my point lagi *ampun.tak pandai berkata2* Bila bace artikel tu, terkesan dengan ayat berikut: 

Setiap kali jari menaip, huruf-huruf yang keluar itu semuanya pasti menjadi satu antara dua. Sama ada ia menjadi pahala yang membekal diri menuju Syurga, atau menjadi butir bara dosa yang menyalakan api Neraka. Tiada yang pergi bagai debu tanpa sebarang nilai.  

awal2 buat blog ni, seriuz tak fikir mendalam sangat pun. hanya niat nak share al-kisah hidupku kepada orang2 tersayang. dan sape2 yang terjenguk kat kawasan ni. then, feeling tu tibe2 develop kepada nak share kisah2 yang membina in my life. as in any life-changing experiences ke. or apa2 lah. tapi, feeling tu tak cukup kuat. cuz rasa dah banyak save drafts pasal kisah2 best yang saya alami, tapi tak publish. kenapa? sebab rasa diri ini tak layak. banyak lagi nak ubah sebelum mampu menyentuh hati orang. hati sendiri belum mampu dijaga. baca blog-blog orang yang membina suda..*detik hatiku yang kecik ini*

tapi, this statement sort of changes everything. saya terfikir balik. apa guna spend time lama2 dalam website ni. susah2 mengedit background, lagu, susunan dan sebagainya kasi blog jadi comel dan pinky dan cute untuk ditengok; tapi hanya untuk dibaca oleh seseorang, then terus dia bergerak ke blog seterusnya tanpa sebarang kesan. tak pun, kesian lak kat orang lain, if dia masuk blog kite, bace post kite then terdetus 'ntah pape giler' lalu free2 mendapat dosa cuz perkataan 'giler' yang digunakan. *hehe..analogy je la* tapi sebaliknya, cuba imagine, kisah yang kite share, in a very small way dapat memberi kesan kat hati orang. Allah ambik kira tau. so tak rugilah segala pengeditan dan masa yang kita guna untuk type2 dengan berhemah in the first place. insyaAllah.

layak tak layak? ive learn to put those kind of perceptions aside. the truth is, there is no such thing. selagi benda baik, semua orang layak. kadang2 bila terdetik kat hati kita nak buat benda elok, terus encik merah datang, buat kita was2.. buat kite worry dengan keikhlasan kita sendiri. senang je sebenarnya. fikir je. benda tu baik ke tak. kalau baik, go on and do it. dont dwell. seperti pengajaran kulsem malam ni 'bersegeralah* (3:133). *hehe*

Saya rasa (rasa je la, if boleh laksanakan lagi bagus..) tak perlu baca segala jenis buku agama; tak perlu menghafal hadith 40 by heart; tak perlu mempunyai tafsir Quran berwarna pink yang penuh dgn sticknotes pelbagai colour; untuk kita mengshare sesuatu benda baik dengan others. cuz yang lebih penting adalah niat. yang lebih penting adalah usaha. slow and steady. istiqamah. itu lebih baik.  (^,^)

4 comments:

Pisey said...

i like what you wrote here dear!

tadi ekceli dah taip 2 perenggan kat sini.backspace balik laju2.hehe.

=) ala.i know u know what i mean lah.i babble a lot kot.kih3

izyan.ariff said...

hehe.thank you sayam.

ala..why backspace?? i like what you type la cayam. babble or not. it always ends up making me sengih soram2. hehe~ =)

wat macam aku.komen kat blog oram ibarat membuat post baru.hahaha~

f said...

yan memang best :)

izyan.ariff said...

to mimi: mimi lagi best =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...